Tuesday 10 January 2012

Majlis di Istana dan hipokrasi menteri

(Terlebih dulu perlu dijelaskan, orang yang menceritakan peristiwa ini kepada saya minta dirahsiakan, tetapi saya berkata kenapa tidak didedah supaya rakyat tahu hipokrasi pemimpin Umno/BN. Sebagai jalan keluar saya berjanji untuk merahsiakan nama).


Dalam majlis di Istana Negara menyambut Agong yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput sebagai Ketua Pembangkang. Anwar hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah menteri-menteri kabinet, semua ketua-ketua tertinggi jabatan kerajaan, semua ketua-ketua tertinggi institusi pendakwaan serta para hakim.


Sementara Agong belum tiba, seorang ketua jabatan pendakwaan mengaku kepada Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam kes baru ini (merujuk pertuduhan liwat). Kata Anwar: "You jangan bohong, menurut Datuk ........, you yang beria-ia sangat nak dakwa saya. "Tidak Datuk Seri, masa kes sampai ke tangan saya, saya nampak ia memang longgar dan tak berasas, tapi saya terima arahan (pihak atasan)."


Seorang menteri kanan kemudian datang menyapa, "Apa khabar adinda ku Anwar?". Kata Anwar, "Apa adinda, hari-hari U bantai I, ....."  Dua lagi menteri kanan portfolio penting juga datang menyapa. 


Seorang Menteri Besar negeri Umno datang menyapa dan bertanya khabar, Anwar berkata di sini u buat baik, kenapa I pergi ceramah di ........, u padam lampu. Jawabnya, "bukan saya beri arahan, saya tak terlibat."


Isteri Menteri Besar tersebut tegur Anwar, "Datuk Seri, U nampak berseri dan segak, tak seperti dalam TV, surat khabar, nampak sakit dan lemah. Azizah mencelah, "Memang la, surat khabar, TV Umno memang nak tunjukkan Anwar lemah." 


Bebarapa ketua jabatan kerajaan meminta untuk bergambar dengan Anwar, termasuk Ketua.......


Seorang hakim kanan berkata kepada Anwar, "Saya sungguh jelak tengok perangai menteri-menteri tersebut, macam-macam mereka lakukan terhadap Datuk Seri, tapi hari ini semua nak tunjuk baik."

6 comments:

  1. Hahaha semua orang tahu bro perangai banjingan banjingan ni. tapi yg susahnya DSAI kita ni terlampau pemaaf sangat

    ReplyDelete
  2. like! baru tahu tinggi rendah langit!

    ReplyDelete
  3. Zunar
    Sebagai orang yang kenai Anwar dari ABIM lagi dan selepas itu melalui pemuda UMNO,cerita yg depa cerita kat hang ini aku percaya,tapi cara Anwar jawap tu yang sikit susah untuk aku percaya.

    ReplyDelete
  4. saya pn perasan mereka bersembang dgn begitu mesra skali...mcm x de ape2

    ReplyDelete
  5. Sdra Jap...zaman DSAI dlm ABIM dulu internet tak ada...skrg DSAI dah naik jelak dgn puak2 umno laknat tu...awak tak tengok ke mcm mana beliau tempelak reporter betina kat mahkamah ari tu....kalau dah selalu kena kutuk, perut kita jadi masin boss...
    Itu kira DSAI lembut lagi lah tu...kalau aku di tempat beliau mahu biru muka puak2 tu aku kerjakan...

    ReplyDelete
  6. bukan menteri je perangai begitu,ahli2 dlm FB pun mcm tu..sbb tu bila jd menteri perangai lebih teruk...sebab tu,utk berdepan dgn ameno,senjata paling utama ialah maki dan terus maki...itu aku yg buat..korang jgn ikut aku sbb aku ada PhD in Science Scolding :)

    ReplyDelete