Monday 28 November 2011

SAKAR

Saya mula melorek Sakar apabila saya berada di Bilbao. Sakar ialah adalah singkatan Sajak Dalam Kartun.

Terhadap sesuatu isu, biasanya saya akan melukis kartun. Tetapi ada kalanya ia juga wajar ditambah dalam bentuk penulisan supaya dimensinya lebih berkembang.



Dari situlah timbulnya idea untuk mengujudkan karya seperti ini.

Sunday 27 November 2011

Festival komik di Getxo

Pada Sabtu, 26 November saya berpeluang menghadiri Festival Komik (El X Salón del Cómic de Getxo) di Getxo, kira-kira 15 kilometer dari Bilbao. Ini adalah pertama kali saya menyertai festival seumpama ini, jadi saya tidak dapat membanding festival-festival seperti ini di Eropah atau di Jepun. Ini wajar kerana saya bukanlah peminat komik, beza kalau kartun politik.

Ia diadakan dalam satu khemah besar yang tertutup. Tiket masuk adalah 1euro dan hanya perlu dibayar sekali dan boleh digunakan untuk berapa kali masuk pun dalam satu hari. Di dalamnya, seperti pesta buku di PWTC, cuma bezanya semua bahan/buku/majalah yang terdapat di sini adalah komik. Ia dibahagi kepada pameran, gerai jualan dan ruang aktiviti.

Terdapat lima galeri yang mempamerkan karya pelukis-pelukis komik. Menurut pengarah festival yang saya temui, Mr Inaki Eloeeiaga, seramai 43 pelukis komik terlibat dalam pameran tahun ini. Menurut Inaki lagi, ini adalah kali kesepuluh festival ini diadakan. Tambah beliau, pada tahun-tahun sebelum ini, artis-artis antarabangsa contohnya dari Amerika, Itali dan Jepun juga dijemput.

Tetapi untuk tahun ini, akibat krisis ekonomi yang melanda Eropah, ia hanya terhad kepada pelukis-pelukis komik dari Sepanyol, Peranchis dan Belgium saja. Manakala di gerai jualan. banyak sekali buku/majalah/yang dijual seperti Tintin, Astryx, Glash Gordon, Modesty Blaise, Tarzan, Conan, Prince Valiant serta komik karya Esteban Maroto, Frank Frazetta, Alex Raymond, Hal Foster dan lain-lain.

Sudah menjadi tabiat manusia mencari yang diharamkan, lalu saya menanyakan untuk membeli "Tintin in Congo" yang diharamkan di seluruh Eropah kerana isu rasis, tetapi tidak ditemui. Di ruang jualan, terdapat merchandise dalam berbagai bentuk - toys, t-shirt dan lain-lain. Ketika kita melawat, mascot-maskot yang mengimitasi karektor komik berkeliaran.

Selain itu, terdapat juga ruangan forum untuk diskusi mengenai komik. Disamping itu disediakan beberapa ruang untuk orang ramai terutama kanak-kanak untuk melukis. Mereka disediakan peralatan melukis seperti pensil, pemadam, kertas dan warna secara percuma. Dan pelukis-pelukis senior juga bersedia mengajar membimbing mereka juga secara percuma. Selain itu, terdapat satu lagi ruang untuk remaja dan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam game yang berkaitan karektor komik.







Saya temui dan berkenalan dengan pelukis-pelukis komik dari Peranchis, Carlos serta teamnya. Saya juga ambil kesempatan berbual dengan Daniel dari Persatuan Ilustrator Eropah, dan beliau rupanya sebelum ini mengetahui tentang kes saya. Saya juga temui pengukir skuptor/pembuat topeng karektor komik, Gorka.


Saya rasa ini satu festival yang sangat menarik, rasa mahu seharian di sana, tetapi pembantu saya, Ms Ainhoa harus ke tempat lain. - Hasta logo!

Friday 25 November 2011

DOA-DOA KATAK

Scerita teladan di petik dan diterjemah dari "Prayers of The Frog".

Tersebut kisah ratusan tahun lalu di sebuah perkampungan di selatan India. Ada seorang guru yang mengajar satu agama baru dan dia berhasil mengumpulkan 50 orang anak murid. Setiap minggu dia dan pengikut-pengikutnya akan bersembahyang secara beramai-ramai. Guru ini mempunyai seekor kucing kesayangan.

Setiap kali upacara sembahyang diadakan, kucing ini akan menggangu sang guru. Maka sebagai jalan penyelesaian, guru ini menambat kucingnya setiap kali bersembahyang. Hari berganti tahun. Pengikutnya bertambah ramai. Dan setiap kali dia menjadi imam sembahyang, guru it akan menambat kucing.

Berpuluh tahun kemudian, guru itu mati, lalu diganti dengan guru baru. Dan guru ini juga setiap kali sembahyang akan menambat kucing guru pertamanya. Berpuluh tahun kemudian, kucing itu mati. Lalu dicarilah mereka kucing yang lain untuk ditambat setiap kali bersembahyang.

Ratusan tahun kemudian, pengikut agama tersebut yang semakin ramai dan bercambah di mana-mana akan menambat kucing sebagai satu 'rukun wajib' setiap kali mereka sembahyang sehingga ke hari ini!

SANGGUPKAH KITA DIPERBODOHKAN LAGI?

Janganlah kita biarkan diri kita diperbodoh oleh pemimpin-pemimpin yang berbicara indah, tetapi hipokritnya Kata pepatah arab, "sekali seseorang itu menipu kita, orang itu jahat. Dua kali orang yang sama menipu kita, kita bodoh."


Sudah lebih 54 tahun kita diperbodoh. Sudah sampai masanya kita bangun dan lawan!

Wednesday 23 November 2011

TANDA-TANDA AKHIR

Tanda-tanda akhir tamaddun kemanusiaan, seperti yang disepakati ulama ialah apabila munculnya kejadian kejadian aneh. Ia diikuti dengan musnahnya satu persatu isi alam dan menjelmalah alam akhirat.  Yang jelas, menjelang kemusnahan atau kejatuhan sesuatu tamaddun, ia akan diawali dengan berlakunya perkara-perkara aneh. 

Barisan, Nasional telah memerintah negara ini selama lebih 54 tahun dan akhir-akhir ini banyak perkara-perkara aneh, tidak masuk akal berlaku...


Tuesday 22 November 2011

BILA BOHONG JADI KEWAJIPAN


Berbohong adalah sarapan pagi pemimpin Umno/BN. Saya rasa Perdana Menteri Malaysia terlalu banyak berbohong sehingga dia sendiri tak lagi percaya apa yang dia cakap! Dua bulan lepas, berdegar-degar, dicanang seluruh negara bahawa ISA akan dihapuskan. Tetapi minggu lepas 10 orang ditahan di bawah ISA.

Malah dalam Parlimen awal minggu ini, saorang menteri kabinet menyatakan satu akta baru akan digubal bagi menggantikan ISA dan akta baru itu membenarkan kerajaaan menahan sesiapa saja tanpa bicara!

Jadi inilah kartun saya.

NEGERI PARA BEDEBAH!

Sajak karya penyair Indonesia, Adi Massardi ini sesuai sekali dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Saya pinta tolong sebar-luaskan dalam berbagai bentuk agar semua dapat membacanya.

T-SHIRT UNTUK CRNI/ T-SHIRT FOR CRNI

Pengarah Cartoonist Rights Network International (CRNI), Dr Robert Russell menghubungi saya selepas beliau menonton video ini http://www.eitb.com/es/videos/detalle/771050/el-dibujante-vinetas-zunar-festival-zentsura-at-bilbao/   dan bertanya bagaimana untuk mendapat/membeli T-Shirt yang saya pakai dalam penggambaran itu.

T-shirt ini sebenarnya direka untuk kegunaan ahli-ahli Kelab Kartunis Independen (KKI), sebuah forum tertutup facebook yang dianggotai antara lain kartunis Jonos, Ronasina, Johnny Ong, Azmie Taha dan lain-lain.



Dr Robert, yang dikenali dengan nama Bro adalah salah seorang dari tiga individu yang bertanggungjawab memperkenalkan saya di peringkat antarabangsa. Dua yang lain ialah Prof John E Lent, pensyarah School of Communication & Theatre, Temple University Philadelphia dan Sophie Lemière, aktivis Peranchis juga penyelidik contemporary Southeast Asia of Rajaratnam School of International Studies (RSIS) at Nanyang Technological University di Singapura.

Bro, seorang yang sangat rendah diri menyatakan apakah T-Shirt tersebut masih ada stok dan apakah boleh dikirim sedikit ke Washington untuk dijual sebagai sumbangan dana kepada CRNI. Saya nyatakan ia agak sukar kerana kos penghantaran yang mahal disamping saiz yang kami cetak tidak sesuai untuk orang Amerika.

Saya memberi cadangan balas bagaimana kalau rekabentuk itu saya kembangkan dan pinda sedikit dan serahkan kepada CRNI. Beliau setuju dan setelah tiga hari, saya pun menyiapkan rekabentuk itu dan email kepada beliau. Setelah beberapa pindaan dengan memasukkan logo CRNI, beliau bersetuju dan amat menyukainya




Dr Robert Russell (kiri) bersama saya dan pembantu beliau, Drew.

Prof John E Lent
Sophie Lemière


Beliau seterusnya meminta kebenaran saya untuk mencetak T-shirt ini dan menjual sebagai sumbangan dana untuk pertubuhan kartunis itu.  Saya menjawab: "Sudah tentu saya setuju. Bro, sumbangan ini adalah amat sedikit berbanding kerja keras kamu dalam menaikkan martabat kartunis-kartunis yang tertindas terutamanya di Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin. Malah bagi saya, jika rekabentuk ini diterima CRNI, adalah satu penghormatan."


T-SHIRT FOR CRNI


The Cartoonist Rights Network International (CRNI)'s director, Dr Robert Russell contacted me after watching this video http://www.eitb.com/es/videos/detalle/771050/el-dibujante-vinetas-zunar-festival-zentsura-at-bilbao/   and asked me how to get/buy the t-shirt that I wore in the video.

Actually the t-shirt was designed for facebook-based closed group, Kelab Kartunis Independen (KKI), an independent cartoonist group which includes Jonos, Ronasina, Johnny Ong and Azmie Taha, among others.
Dr Russell, also known as Bro, is one of three individuals who was responsible for promoting me on the international arena.



The other two are Prof. John E. Lent, who lectures at the School of Communication & Theatre, Temple University, Philadelphia, and Ms. Sophie Lemière, a French and researcher at the contemporary Southeast Asia of Rajaratnam School of International Studies (RSIS) at Nanyang Technological University of Singapore.

A very humble person, as I know him. Bro asked whether I could send some of the T-shirts to be sold in Washington for CRNI's fund. I told him that it is not practical as the postal cost would be very expensive and futhermore the size is not meant for Americans.

I suggested to him however, if I could develop and adjust the design, and send the artwork to CRNI. He agreed and after three days, I emailed the artwork to him. After a few adjustmen, he liked it. He then asked my permission to print the design onto t-shirts to be sold to collect fund fo CRNI.

Of course I agreed. My contribution is very small compared to what Bro has been doing to support and protect the rights of cartoonists from Asia, Middle-East, Africa and Latin America.

If my design is accepted, it will certainly be an honour.

Monday 21 November 2011

ISU NFL

Isu ini adalah menyentuh tentang korupsi melibatkan penternakan lembu yang dilulus kabinet.

Sunday 20 November 2011

KARTUN-KARTUN MENGENAI SAYA


Sudah banyak kartun-kartun saya dimuatkan dalam blog ini dan anda juga boleh membacanya dalam internet. Dalam entry kali ini, saya memuatkan kartun-kartun oleh orang lain mengenai saya dan isu berkaitan pengharaman buku saya dan penahanan saya.

Kartun pertama ialah karya kartunis Sepanyol Saúl Cabanillas Hernández yang dilukis pada bulan Mei tahun lepas selepas buku saya diharamkan. Manakala kartun kedua adalah karya kartunis Stephhf dari Peranchis.



Seterusnya kartun solidariti selepas saya ditangkap yang dilukis oleh Ronasina, Oly dan Azlan Isa (orang-orang). Seterusnya, karya Azman Md Noh (AMN) mengenai bagaimana saya dibawa ke tujuh balai, yang saya sebut 'Dari Balai Ke Bali".


Terima kasih saya ucapkan kepada Ronasina, Oly, Azlan, AMN, Saúl dan Stephhf atas sokongan yang diberikan. Saya sungguh tersentuh atas karya-karya-karya anda semua!

Saturday 19 November 2011

Kita tak berhak halang hak orang lain/ We got no right to stop their rights

Kita tidak berhak menghalang hak orang lain

Tindakan polis terhadap penganjur Seksualiti Merdeka jadi bahan ketawa apabila saya bangkitkan dalam satu forum di Bilbao.Berkenaan isu ini, pendirian saya jelas: Selagi seseorang itu bernama manusia, dia tetap mempunyai hak asasi sebagai manusia.

Salah satu aspek terpenting dalam hak asasi adalah hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Begitu juga dalam hal LGBT, mereka adalah manusia, oleh itu kita tidak berhak menghalang mereka untuk mempratiskan hak asasi mereka.Kita boleh tidak bersetuju, kita boleh mengkritik, kita boleh mempersoal, tetapi kita tidak boleh menghalang mereka dari menyatakan pendapat mereka.

 Dalam satu kartun, saya melukiskan bahawa burung dibayar untuk bercakap, tapi manusia...?

 We got no right to stop their rights

The police action to stop Seksualiti Merdeka organizer became a laughing topic when I brought it up in one of the forums in Bilbao.My stand in this issue is clear: As far as the entity is a human, he or she is entitled to human rights.One of the fundamental aspect of human right is the rights of expression.


LGBT, as they called it, is a group of humans, so we have got no right to stop their rights. We may not agree with them, we can criticize them, but we cannot stop them from expressing their views.


In one of my cartoons, I drew people paying to listen to a "speaking bird", but how about humans...?

Friday 18 November 2011

BOHONG LAGI! / LIAR. LIAR!


ISA adalah undang-undang lapuk dan zalim yang sering diguna kerajaan untuk menahan aktivis dan pemimpin pembangkang. Sejak ia diperkenal dalam tahun 1960, lebih 10,000 telah ditahan di bawah akta itu.

Pada bulan September, Perdana Menteri Najib mengumumkan ISA akan dimansuh. Dalam komen saya, saya menyatakan kenyataan PM itu hanyalah gimik politik untuk menarik sokongan pengundi.

Ternyata benar! Semalam (17 November) 10 lagi ditahan di bawah ISA!

Inilah kartun terbaru saya.


LIAR, LIAR!


ISA is one of the infamous draconian laws in Malaysia used by the government to detain dissidents and opposition leaders without trial for two years or more. 


Since it was introduced in 1960, more that 10,000 people have been detained under the ISA. In September 2011, Prime Minister Najib announced that the government will abolish the law. In my recent comment, the PM's statement, to me, was merely a lip service and political gimmick to gain support from people.


True enough, yesterday (17 Nov) 10 people were held under the law!


This is my latest cartoon about it.

Thursday 17 November 2011

Wawancara dengan Suara Keadilan sedikit masa dulu

INTRO: Buku-bukunya di haram, pejabatnya sering diserbu, kilang yang mencetak buku beliau diserbu dan dia ditangkap serta di masukkan ke lokap. Namun iti tidak pernah melemahkan beliau untuk terus berkarya. Itulah kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.


Malah atas kecekalan ini, pada Julai lalu dia diberi anugerah 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning (Keberanian Dalam Melukis Kartun) oleh Cartoonists Rights Network International (CRNI), sebuah pertubuhan hak asasi yang mewakili 600 kartunis seluruh dunia. 


Seperti kata Pengarah CRNI Dr Robert Russell, kulaiti Zunar sebagai kartunis adalah apabila menghadapi tekanan dari kerajaan, beliau sentiasa melawan kembali. Suara Keadilan menyorot lebih dekat minda kartunis kontroversi ini.

SOALAN: Apa situasi negara kita sekarang?

Negara kita diperintah oleh golongan kapitalis dan penguasa rakus. Rasuah, pelanggaran hak asasi, penindasan, fitnah berleluasa. Agama diputabelitkan dan ketegangan kaum diperbesarkan bagi mengekalkan kuasa pemerintah.

Rakyat telah bangkit, tetapi saya kesal dengan golongan yang berdiam diri, tidak ambil berat dan berkecuali. Ketika sesebuah masyarakat atau negara dilanda krisis moral seperti di Malaysia, kita mesti membantu golongan yang tertindas. Berkecuali bererti membantu golongan zalim untuk meneruskan kerakusan mereka.

SOALAN: Bagaimana pandangan saudara mengenai seniman di Malaysia?

Kini saya nampak semakin ramai seniman yang bangkit menyatakan pendirian dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan umum - Pak Samad, Dinsman, Hishamuddin Rais, Bob Lokman, Nasir Jani, Pyan Habib, Rahmat Haron dan lain-lain. Tapi terlalu ramai seniman masih lena dibuai mimpi dan ganjaran material.

SOALAN: Mereka harus bagaimana?

Yang bernama seniman - penulis, pelukis, pengarah filem, penyanyi, pelakon, aktivis teater, kartunis dan sebagainya harus ingat bahawa mereka adalah golongan istimewa kerana dilahirkan dengan bakat kurnian Tuhan. Bakat tidak diberikan percuma, ia datang berserta tanggung jawab yang amat berat. Apakah tanggungjawab ipara seniman? Seniman mesti menjadi golongan yang paling dekat dengan rakyat.

Seniman mesti rasa denyut nadi rakyat, dengar suara rakyat, perihatin penderitaan rakyat dan perjuangkan nasib rakyat. Dan ia tidak berakhir disitu - rintihan dan keluhan ini mesti diterjemahkan dalam karya-karya mereka. Tidak memadai di mulut sebut perihatin, manakala karya mereka menyokong penguasa yang menindas rakyat.

Sekiranya ini tidak dilakukan bererti seseorang seniman itu gagal menunaikan tanggung jawab dan amanah bakat yang diberikan Tuhan kepada mereka.  Singkap sejarah perjuangan, kita temui nama-nama seperti Victor Jara (Cuba), Johanes Thambajog, Rendra (Indonesia), Remmy Assam (Mesir), Joan Baez (Amerika) dan sebagainya. Kita perlu lahirkan seniman seperti itu.

SOALAN: Saudara mungkin idealis, tetapi ini sukar dilakukan di negara kita dimana media dan pentas penyiaran dikuasai pemerintah. 

Tidak ada pilihan dalam melaksanakan tanggungjawab! Seniman harus jadikan rintangan-rintangan yang disebutkan tadi sebagai cabaran dan bersatu merobohkan bentengnya. Saya risau apa yang disebutkan  rintangan itu sebenarnya dijadikan alasan untuk terus menyokong golongan yang zalim.

SOALAN: Adakah ini pendekatan yang digunakan saudara?

Melalui kartun saya tekankan soal pendirian. Untuk memperlihatkan pendirian dalam sebuah kartun yang lucu memang sukar, tetapi itulah yang saya lakukan. Dalam mencari idea, langkah pertama yang saya lakukan ialah mamahami isu dari berbagai sumber informasi dan berbagai perspektif.

Saya baca akhbar, internet, rujuk sejarah dan sekiranya isu itu menyentuh orang yang saya kenal, saya akan menefon beliau dan mendapatkan maklumat sebenar. Ada kalanya saya hadir di lokasi seperti di mahkamah dan di perhimpunan aman untuk mengetahui lebih lanjut perspektif dari mereka yang terlibat.

Melalui informasi ini, saya mengambil pendirian mengenai isu tersebut. Selepas itu barulah mencari idea jenakanya. Idea yang dihasilkan mestilah selari dengan pendirian yang saya telah ambil. Saya tidak akan melukis sekiranya jenaka yang saya dapat itu bertentangan dengan pendirian saya - saya tegas dan tidak bertolak ansur dalam soal ini dari awal saya berkarya hingga sekarang.

Wednesday 16 November 2011

KARTUN-KARTUN HAJI

KARTUN-KARTUN HAJI

Dalam melukis kartun, saya punya prinsip tidak akan mengkritik ajaran asas sesuatu agama. Begitu juga dalam isu-isu yang menyentuh ajaran Islam. Saya tidak mengritik Islam, tetapi saya berhak mengkritik orang-orang Islam - malah itu digalakkan dalam Islam.

Bila melukis isu haji, yang saya kritik bukan ibadat tersebut, tetapi manusia-manusia hipokrit yang berselindung di sebalik ibadah demi kepentingan diri.

Kepada yang berkata kita tidak boleh menghukum orang atau biarkan Tuhan tentukan, siapalah kita untuk menentukan ibadat orang lain, jawapan saya: "Kita hidup untuk apa, kalau perkara sebegitu mudah pun kita gagal membuat keputusan dan semuanya diserah kepada Tuhan?".




Kalau pencuri dihukum, kenapa pemimpin hipokrit kita takut menghukum?

Bukankah garis panduan telah dinyatakan dengan jelas dalam Quran bahawa sesiapa yang menununaikan haji, bukan saja menjalankan ibadat, tetapi juga harus secara terbuka mengaku dan meninggalkan semua perlakuan jahat. Ini termasuk kezaliman, hiporasi, rasuah dan seumpamanya.

Jadi inilah kartun-kartun saya. Anda berhak komen, tetapi haruslah dengan hujah rasional.

LAPORAN MEDIA BILBAO

 LAPORAN MEDIA BILBAO

Cerita saya disiarkan oleh akhbar Basque, Gara. Saya diberi ruang satu muka penuh dalam edisi hari ahad. Tajuknya lebih kurang begini apabila diterjemah. "Mereka (kerajaan) boleh mengharamkan buku saya, tetapi mereka tidak akan boleh mengharamkan otak saya."

Laporan video pula disiarkan oleh stesen TV Eitb dalam slot berita jam 2 petang (dalam bahasa Basque, 3 petang (dalam bahasa Spain) dan jam 8 malam.

http://www.eitb.com/es/videos/detalle/771050/el-dibujante-vinetas-zunar-festival-zentsura-at-bilbao/



Manakala laman komik antarabangsa "The Comic Reporter" juga menyiarkan berita.
http://www.comicsreporter.com/index.php/index/zunar_sends_greetings_from_bilbao_spain/

Sementara itu sebuah laman yang memperjuangkan hak kartunis (Free Dimensional) juga menyiarkan berita award yang saya terima di Bilbao.

http://freedimensional.org/2011/11/vi-festival-against-censorship-honors-fd-stakeholder-zunar-with-the-2011-courage-to-fight-censorship-award/

SALAM DARI BILBAO/HELLO FROM BILBAO

SALAM DARI BILBAO

Salam, apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi mampir ke blog saya. Buat masa sekarang saya berada di Bilbao, Sepanyol (3 OKtober ke 1 Januari) kerana menjadi artis jemputan (Artist-in-Residence) dalam program “Art and Censorship” (Seni dan Penapisan) anjuran sebuah yayasan kesenian di Bilbao, Sepanyol.

Disamping itu, saya juga mengambil bahagian dalam VI Festival Against Censorship (Festival Melawan Penapisan ke V1) yang diadakan dari 7 hingga 15 November di mana saya mempamerkan 65 buah karya kartun politik saya yang bertema "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun).

Selain saya artis-artis yang mengambil bahagian termasuk Bombona from Nigeria, Hugh Masekala dari South Afrika, Sierra Leon Refugee All Stars dan Owen Maseko dari Zimbabwe serta 20 artis lain dari seluruh dunia.




HELLO FROM BILBAO

HI everyone, welcome to my blog. I am currently in Bilbao, Spain for three months until end of December as an Artist-in-Residence 2011 for BilbaoArte. Beside that, I am also take part in "Festival Against Censorship" and an exhibit 65 of my cartoons.

The exhibition, "To Fight Through Cartoon" begins from 7 November at Alhóndiga, one of the famous art centre in the heart of Bilbao. The exhibition is part  the annual Festival which features censored artworks from artists/art activist all over the world.

Beside me, this year participant including Bombona from Nigeria, Hugh Masekala from South Afrika, Sierra Leon Refugee All Stars (music band) and Owen Maseko dari Zimbabwe.

My first post !

Hi everybody